TOKYO, 26 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar sebelum menaiki kereta api laju Shinkansen untuk perjalanan dari Tokyo ke Sendai bagi menghadiri perjumpaan bersama-sama pelajar di sebuah universiti hari ini. Perjalanan ke bandar raya Sendai kira-kira 325km itu mengambil masa 96 minit, berbanding lebih empat jam melalui jalan raya. Mereka diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri). Najib dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***