BUKIT KAYU HITAM, 1 Jun -- Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah Abd Latif Abdul Rahman (kiri) bersama anggotanya menunjukkan minuman keras pelbagai jenama bernilai RM 9,120 dengan cukai RM 17,806 yang diseludup masuk ke negara ini dalam satu serbuan di Ladang Rakyat di sini kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.Anggota UPP turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang mengambil upah dengan membawa minuman keras yang diseludup dari kawasan bebas cukai.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA