SATUN, 7 Jun -- Pemandu pelancong di Satun yang hanya mahu dikenali Lan menceritakan kepada wartawan Bernama di mana kawasan jeti Tanjong Pao yang dipercayai menjadi transit bagi bot pemerdagangan manusia Rohingya mengisi petrol, mengambil bekalan makanan dan pakaian yang diberi oleh penduduk kampung yang terlibat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Lan yang bersetuju membawa Bernama meninjau beberapa hotspot transit bot-bot pemerdagangan manusia berkata Kampung Puyu, walaupun bersempadan dengan hutan tebal, namun dianggap strategik kerana mempunyai banyak kampung kecil dan laluan tikus untuk akses secara bersembunyi ke Malaysia.Tanjung Pao terletak kira-kira 13 kilometer(KM) daripada Jeti Tammalang yang menyediakan bot tambang ke Kampung Puyu dan kira-kira 17 kilometer daripada bandar Satun.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA