PULAU PINANG, 8 Jun -- Hamzah Ahmad,59, mengikat buah durian pada ranting pokok durian supaya buah berkenaan tidak jatuh ke tanah apabila masak kelak ketika ditemui di sini hari ini.Balik Pulau sering kali menjadi tumpuan masyarakat setempat termasuklah pelancong asing setiap kali tiba musim durian iaitu pada awal bulan Jun hingga Julai dan kelihatan peniaga mulai menjual durian di Ayer Itam hari ini. Pada musim berkenaan, jalan raya di sepanjang Balik Pulau akan dipenuhi dengan penjual durian dari setiap pelusuk kebun durian. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA