KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Anggota Bomba dan Penyelamat sedang membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis kedai bersebelahan Plaza Low Yat di sini, hari ini kerana berlakunya kebocoran mesin gas klorin.Kejadian kira-kira 4 petang itu berlaku apabila mesin gas yang berfungsi untuk menyalurkan gas-gas klorin ke dalam kolam mandi bagi membersihkan air kolam dalam premis berkenaan rosak.Lima pekerja penyelenggaraan berumur lingkungan 30-an itu mengalami sesak nafas dan dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA