KUANTAN, 27 Jun -- Peniaga Husaini Abdullah,37, membersihkan buah tembikai sementara menunggu pelanggan di gerainya di jalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Ubai hari ini.Husaini yang mengusahakan sendiri tanaman tembikai itu di kampungya mempunyai ladang seluas 11 ekar.Buah yang dikenali sebagai 'Timun Cina' di Pantai Timur itu mampu dijual sebanyak 300 kilogram sehari kerana ia menjadi pilihan pelanggan untuk dijadikan jus minuman atau hidangan pencuci mulut.Antara jenis tembikai yang dijualnya ialah boci, kuning, madu dan biji dengan harga RM1.50 sekilogram.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA