ALOR GAJAH, 10 Julai - Jenazah Lans Koperal Mohammad Isa Ismail, 27, dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas diusung rakan-rakannya ke van jenazah untuk dikebumikan di Kuala Kedah, selepas selesai proses pengurusan di bilik mayat Hospital Alor Gajah hari ini. Mohammad Isa antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Putus, Tebong di sini petang semalam. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA