KUANTAN, 14 Julai -- Beberapa anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memeriksa lori yang membawa bauksit pada operasi khas di Jalan Gebeng-Kampung Sungai Ular berdekatan jalan susur ke Pelabuhan Kuantan hari ini.Operasi dua hari yang bermula semalam berjaya mengesan lima kes lebih muatan, lapan kes lebih paras panel, tiga menambah panel dan tiga kes membawa muatan berderai yang menyalahi syarat permit.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA