IPOH, 14 Jan -- Peniaga buah-buahan, Hoi Hoe, 56, (kiri) bersama seorang pekerjanya sedang mengasingkan saiz buah limau Bali atau lebih dikenali sebagai limau Tambun ketika tinjauan fotoBERNAMA digerainya di Jalan Ampang Baru di sini, hari ini.Menurut Hoi, beliau mendapat bekalan daripada pekebun limau dengan harga berpatutan sebelum dijual kepada peraih termasuk dari Johor dan Selangor.Beliau berkata, kini permintaan terhadap limau Tambun berkurangan kerana keadaan ekonomi yang meleset, tetapi beliau berharap permintaan terhadap limau tersebut akan meningkat berikutan sambutan Tahun Baru Cina pada 26 Jan ini.Selain dimakan, limau Tambun turut digunakan bagi upacara sembahyang bagi masyarakat Tionghua.Limau Tambun itu dijual dengan harga antara RM5 hingga RM10 sebiji.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA