SEREMBAN, 19 Julai -- Tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan empat dulang emas dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Terminal One kira-kira 11 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhammad Zaki Harun berkata ketiga-tiga suspek memakai topi keledar ketika melakukan rompakan itu. Nilai kerugian masih lagi dalam siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA