KUALA LUMPUR, 22 Julai -- MESRA PENGGUNA... Kini tiada lagi rungutan waris pesakit dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung kesukaran mendapatkan tempat letak kereta. Parkir bertingkat HKL yang menyediakan 1,951 petak letak kereta telahpun siap untuk digunakan sekaligus memberi lebih keselesaan dan membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di dalam kawasan HKL.Inisiatif mesra pengguna itu sekaligus membantu HKL mencapai wawasan hospital premier bertaraf antarabangsa.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA