BATU PAHAT, 31 Julai -- Mohd Nur Asri Hamden dari Sarawak lantang menyampaikan hujah-hujah berkenaan 'Kesejahteraan Rakyat Teras Utama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11)' pada Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015 di Dewan Sri Nilam, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) hari ini. Beliau merupakan antara 15 peserta yang berjaya memasuki saingan separuh akhir, iaitu pada 31 Julai dan 1 Ogos. Majlis penutupan pertandingan anjuran Jabatan Penerangan itu dijangka disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Ahad ini.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA