GEORGE TOWN, 3 Ogos -- Muatan guni simen dibawa sebuah lori treler terjatuh di atas Jalan Teluk Kumbar ke Balik Pulau di sini awal pagi Isnin. Menurut pemandu lori berkenaan ( yang tidak mahu dikenali) menyatakan muatan simen itu sedang diangkut dari Simpang Pulai, Perak ke Tanjong Tokong bila kejadian berlaku. Pemandu itu berkata lorinya terbabas semasa melalui satu selekoh dan muatannya terhumban berselerak di atas jalan. Bagaimanapun pemandu berkenaan terselamat dalam kejadian yang berlaku pukul 4.30 pagi itu. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA