ALOR SETAR, 11 Ogos -- Tertuduh, Ahmad Taib,65, (kanan) diiringi oleh anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas seorang lelaki menggunakan cecair disyaki asid di Kuala Kedah 25 Julai lepas.Ahmad mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 September ini untuk sebutan semula kes.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA