KANGAR, 18 Ogos -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan) memerhati pelajar-pelajar cacat penglihatan di St Nicholas Home, Pulau Tikus, Pulau Pinang menganyam bakul sambil diberi penerangan oleh Pengarah Eksekutif rumah berkenaan Daniel Soon (tiga kanan) pada lawatan ke rumah cacat penglihatan tersebut, Selasa. Raja Muda berada di Pulau Pinang bagi merasmikan Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang kali yang ketujuh anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia Perlis yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa.--fotoBERNAMA (DIGI) HAK CIPTA TERPELIHARA