KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Juri-juri MasterChef Asia Susur Lee (kiri), Bruno Menard (kanan) dan Audra Morrice (tiga, kanan) bersama tiga peserta pertandingan memasak MasterChef Asia pertama: suri rumah Jasbir Kaur (dua, kiri), suri rumah Sophia Zulkifli dan pegawai bank Marcus Low.Ketiga-tiga peserta tersebut adalah dari Malaysia dan mereka akan bertanding dalam program memasak bagi merebut gelaran MasterChef Asia dengan 12 peserta lain dari China, India, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Vietnam.Program 15 episod itu bakal ditayangkan pada 3 Sept, setiap Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709).-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA