KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Tiga "chef rumah" atau 'home chefs' dari Malaysia (dari kiri) Sophia Zulkifli, Jasbir Kaur dan Marcus Low akan bersaing merebut gelaran MasterChef Asia pertama. Mereka adalah antara 15 peserta dari negera-negara di Asia yang menyertai program pertandingan memasak. Program 15 episod itu bakal ditayangkan pada 3 Sept, setiap Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709).-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA