KUCHING, 11 Jan -- Anggota polis Kpl Irwan Morshidi (kiri) membantu adik Mikael Jenal, 7, keluar dari bot setelah air Sungai Sarawak melimpahi rumahnya di Kampung Rantau Panjang dekat sini hari ini.Turut sama adalah adik serta anggota keluarganya (dua dari kiri) Sarena Daud, 7, Liza Jenal, 9, Norita Bohari, 37, Mohd Khairi Mizuan, dua bulan, Jenah Dawi dan Zuriana Spawi,19.Sehingga petang ini, 3,773 orang telah dipindahkan ke 25 pusat pemindahan banjir.Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan kenyataan bahawa angin bertiup kencang selaju 60 km sejam dan ombak setinggi 5.5 meter di kawasan perairan Sabah dan Sarawak hingga Rabu ini. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA