ALOR SETAR, 21 Jan -- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menasihatkan ibu bapa agar tidak panik mengenai pendaftaran kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu yang akan bermula pada 2027.Beliau menekankan bahawa hanya murid yang benar-benar bersedia dan lulus ujian khas akan dipilih untuk mengikuti pelaksanaan inisiatif itu. Fadhlina berkata kesediaan anak-anak merupakan aspek paling penting yang akan dinilai, dan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti kriteria murid, termasuk dari segi psikoemosi.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA