HANOI, 6 Jan -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Janakuasa Sdn Bhd (Janakuasa), Ti Chee Liang (tengah) berucap ketika sidang media selepas majlis makan malam anjuran Janakuasa di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi. Pada sidang media itu, beliau berkata Janakuasa akan membina loji tenaga bernilai lebih AS$1.5 bilion di Vietnam bagi menampung keperluan tenaga di negara itu.Janakuasa adalah pemegang ekuiti majoriti di dalam Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd (TTPC) dengan tanggung jawab utamanya membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA