KANGAR, 25 Ogos -- Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (dua, kanan) menyaksikan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar (tengah) menyerahkan replika Sijil Perakuan Permulaan Operasi Perkhidmatan MyBas kepada MARA Liner yang diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Ahmad (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Henti-henti MyBas hari ini.Perkhidmatan MyBas telah beroperasi sejak 1 Ogos lalu dengan 24 buah bas meliputi 15 laluan utama dan 10 laluan pengantara di seluruh Perlis.--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA