BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos -- SEGAK BERGAYA... Rejimen Askar Melayu Diraja berkawad ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri di Jalan Perda Utama hari ini. Sebelum ini Tentera Darat Malaysia menarik diri daripada menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2015 apabila kerajaan negeri enggan menggunakan tema yang seragam di peringkat kebangsaan iaitu 'Sehati Sejiwa'. Kerajaan negeri pada mulanya menggunakan slogan yang berbeza iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah'. Tindakan itu menerima bantahan dan kritikan dari banyak pihak, hingga menyebabkan kerajaan negeri menarik balik keputusan itu dan menggunakan tema Hari Kebangsaan yang seragam dengan peringkat persekutuan untuk sambutan pada 31 Ogos ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA