KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- MENANGÃÆ’ââ degrees Pasukan dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh Melaka (dari kiri) Nurul Aida Abd Malek, Nur Shafiyyah Sohaimi, Hafsah Ahmad, Muhammad Zafri Zaharudin dan Muhammad Syarif Zainal meraikan kejayaan menjuarai pertandingan Game Jam kategori Sekolah Menengah bersempena KL Converge! bersama guru Mohd Musuhairil Amin Muhamad, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. KL Converge! yang berakhir hari ini merupakan persidangan tahunan dan pameran untuk menunjukkan kuasa komunikasi tertumpu dalam memajukan gaya hidup digital untuk semua rakyat Malaysia. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA