PETALING JAYA, 5 Sept -- Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyaksikan 'Relay For Life Kuala Lumpur 2015' selepas merasmikan program larian tersebut di Dataran Petaling Jaya hari ini.Program larian selama 16 jam bermula dari 6 petang tadi hingga 10 pagi esok, merupakan anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bertujuan memupuk kesedaran tentang kanser dan kepentingan mengesan dan membuat imbasan pada peringkat awal. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA