PETALING JAYA, 5 Sept -- Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (tengah) berkenan mengelilingi Dataran Petaling Jaya selepas merasmikan 'Relay For Life Kuala Lumpur 2015' hari ini.Turut hadir Pengerusi Relay For Life Malaysia Datuk Zuraidah Atan (dua, kanan).Program larian selama 16 jam bermula dari 6 petang tadi hingga 10 pagi esok, merupakan anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bertujuan memupuk kesedaran tentang kanser dan kepentingan mengesan dan membuat imbasan pada peringkat awal. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA