KANGAR, 6 Sept -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) memakaikan pangkat Kapten Bersekutu Pertahanan Awam kepada Ketua Pemuda UMNO Arau Syed Atif Syed Abu Bakar pada majlis pelancaran penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti Pertahanan Awam (JPAM) peringkat negeri Perlis, Ahad. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM Selamat Dahlan (kanan). Seramai kira-kira 150 orang mewakili 15 pasukan dalam komuniti menerima watikah perlantikan masing-masing pada majlis itu.--fotoBERNAMA (DIGI) HAK CIPTA TERPELIHARA