KUALA LUMPUR, 4 Okt -- Mangsa rampasan kapal oleh lanun di Perairan Telok Aden (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif MISC, Datuk Shamsul Azhar Abbas, Bosun Melati 5, Yusof A Hamid, Kapten kapal Bunga Melati 5, Maheswaran a/l Muniandy dan Timbalan Presiden Kumpulan Perkhidmatan Teknikal MISC Berhad, Nordin Mat Yusoff selepas sidang media di sini, hari ini.Dalam kejadian pada 19 Ogos lepas, Kapal Melati 2 milik MISC yang dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia ke Belanda bersama 38 anak kapal termasuk 29 rakyat Malaysia ditahan sekumpulan lanun di Telok Aden.Turut ditawan lanun, kapal Melati 5 yang dalam perjalanan dari Eropah bersama 41 anak kapal.Kedua-dua kapal dibebaskan selepas MISC membayar wang tebusan sebanyak USD2 juta (RM6.94 juta) setiap sebuah.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA