ALOR SETAR, 8 Sept -- Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (dua kanan) mendengar penerangan wakil syarikat Peak Science Aquaculture Sdn Bhd, Ramlan Abd Jalil (tiga kanan) mengenai makanan ikan pada Seminar Kesedaran dan Promosi Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), Selasa. Turut sama Pengarah Perikanan Kedah Teo Siong Wan (kanan). Seminar dihadiri kira-kira 180 peserta daripada kalangan pengusaha ladang akuakultur dalam usaha mendapatkan sijil MyGAP.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA