BUKIT KAYU HITAM, 2 Jan -- Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Khairul Anwar Ahmad kanan) menyoal tiga suspek berusia 23 tahun yang ditahan selepas positif ganja ketika pulang dari meraikan sambutan Tahun Baharu di negara jiran dalam Ops Tahun Baharu 2026 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) malam tadi.Dalam operasi itu, seramai 30 individu diminta menjalani pemeriksaan air kencing. Bagaimanapun, hanya 13 individu berusia antara 18 hingga awal 39 tahun didapati positif dadah.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA