KUCHING, 22 Sept -- Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad (kanan) memakaikan topeng penutup muka kepada pengguna jalan raya pada program pengagihan 2,000 topeng muka kepada orang ramai terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki oleh Persatuan Kepolisan Komuniti di Balai Polis Padungan hari ini. Bandaraya Kuching kembali mengalami jerebu teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 127 iaitu tidak sihat setakat pukul 5 petang tadi. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA