REMBAU, 23 Okt -- Rumah banglo contoh berkonsepkan dusun dan alam semula jadi, dkenali Hijauan Height yang dimajukan oleh anak syarikat Telekom Malaysia (TM), TM Facilities Sdn Bhd dengan usahasama bersama IDH Indahijau (M) Sdn Bhd di kawasan seluas 405 hektar di Pedas dekat sini. Projek pembinaan 500 unit banglo yang bermula Ogos lepas mengandungi lima fasa di mana keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013.Menurut Pengurus Besar Jualan Hijauan Heights Sdn Bhd Ungku Amir Ungku Sulaiman, Hijauan Height mengandungi tiga jenis banglo Angsana, Beringin dan Cermai dengan semuanya berstatus pegangan kekal dan setiap banglo dibina di kawasan seluas 0.405 hektar yang dipenuhi dengan 40 jenis pokok buah-buahan tempatan seperti mangga, rambutan, durian, belimbing, manggis dan lain-lain.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA