MELAKA, 11 Okt -- TAHNIAH ... Atlet angkat berat Orang Kurang Upaya (OKU) negara Siow Lee Chan (dua, kiri) menerima ucapan tahniah daripada bekas atlet bina badan negara Datuk Wira Gan Boon Leong sambil diperhati suaminya Koh Kia Chern (kiri) pada majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Ulang Tahun ke-70 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh di sini, hari ini.Lee Chan dianugerahkan dengan Bintang Khidmat Terpuji (BKT). Seramai 758 penerima menerima anugerah pada kali ini.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA