GUA MUSANG, 8 Okt -- Sabrie Latip, 25, (tengah) bapa kepada Sasa, 8, yang dilaporkan hilang bersama enam rakan yang lain di hutan tidak dapat menahan kesedihan selepas membuat pengecaman mayat anaknya di Hospital Gua Musang hari ini. Mayat tersebut ditemui reput oleh seorang penduduk kampung dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam semalam.Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran. Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11 berasal dari Kampung Gawin dan Penad Kampung Pos Tohoi.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA