REMBAU, 23 Okt -- Pengurus Besar Jualan Hijauan Heights Sdn Bhd Ungku Amir Ungku Sulaiman ketika temubual bersama Bernama di sini, hari ini.Beliau berkata Hijauan Heights merupakan sebuah projek pembinaan 500 buah banglo berkonsepkan dusun dan alam semula jadi, dimajukan oleh anak syarikat Telekom Malaysia (TM), TM Facilities Sdn Bhd dengan usahasama bersama IDH Indahijau (M) Sdn Bhd di kawasan seluas 405 hektar di Pedas dekat sini. Projek yang bermula sejak Ogos lepas itu mengandungi lima fasa di mana keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013.Ungku Amir berkata, Hijauan Height mengandungi tiga jenis banglo Angsana, Beringin dan Cermai dengan semuanya berstatus pegangan kekal dan setiap banglo dibina di kawasan seluas 0.405 hektar yang dipenuhi dengan 40 jenis pokok buah-buahan tempatan seperti mangga, rambutan, durian, belimbing, manggis dan lain-lain.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA