IPOH, 16 Okt -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Zainol Padzi Paharuddin bersama penduduk Sungai Manik menunjukkan salinsurat arahan yang dikeluarkan Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai pembahagian kontrak menyelenggara sungai selepas membuat laporan di Pejabat Badan Pencegah Rasuah di sini, hari ini.Jelasnya, dalam surat arahan yang dikeluarkan itu, Pengarah JPS dikehendaki menyerahkan kerja-kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) secara runding terus.Katanya, sebelum ini semua kerja-kerja ini telah diserahkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang kemudiannya membuka tawaran tender kepada kontraktor di kawasan masing-masing.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA