ALOR SETAR, 30 Mac -- Fenomena cuaca panas yang melanda negeri Kedah ketika ini ternyata membawa berita gembira buat pengusaha mangga Harumanis apabila menjadi antara faktor utama dalam penghasilan buah yang lebih manis dan berkualiti tinggi pada musim ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Dzowahir Ab Ghani berkata Kedah merupakan antara negeri paling sesuai untuk penanaman harumanis kerana cuaca panas ini dapat membantu menghasilkan buah yang lebih manis.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA