NIBONG TEBAL, 23 Okt -- Beberapa buah jentera berat tersadai di tepi landasan kereta api di Kampung Valdor berikutan kerajaan negeri mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberhentikan sementara pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar di Pulau Pinang berkuatkuasa serta merta berikutan kerja-kerja pembinaan itu menyebabkan banjir di negeri ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam mengarahkan KTMB memberhentikan sementara pembinaan landasan tersebut kerana didapati tidak mengikut spesifikasi, menyebabkan berlaku banjir di kampung ini dan Jawi di Seberang Perai Selatan.Guan Eng berkata kerja-kerja pembinaan tersebut menyebabkan ban sungai di kawasan itu rosak sehingga menyebabkan banjir dan mengakibatkan kira-kira 50 rumah terjejas.Selain itu kerajaan negeri juga meminta KTMB membayar ganti rugi kepada penduduk terlibat.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA