PETALING JAYA, 26 Okt -- Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof (kanan) tertarik melihat bekas air i-Mizu yang akan dibekalkan kepada Penjelajah Kutub Selatan, Shahrom Abdullah (tengah) yang akan menjayakan misi ekspedisi ke Kutub Selatan pada 17 November ini pada majlis Penyerahan Tajaan Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 hari ini.Turut hadir, Presiden Kelab KE7B, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.Kelebihan bekas air i-Mizu yang akan dibekalkan kepada Shahrom itu boleh menukarkan air salji menjadi air hidrogen beralkali di mana ianya juga mengandungi pelbagai khasiat penting untuk badan sebagai pembekal tenaga untuk sepanjang 60 hari misi ekspidisi tersebut nanti.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA