KOTA KINABALU, 26 Okt -- Gambar fail BERNAMA menunjukkan bekas Ahli Parlimen Penampang Tan Sri Bernard Dompok (kiri) bersalam dengan Pope Benedict XVI sambil diperhatikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Bernard mengikuti rombongan Malaysia ke Vatican City pada tahun 2012. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, Isnin, Najib bersetuju dengan pencalonan Dompok sebagai duta Malaysia ke Vatican dan beliau akan memulakan tugasnya pada awal Januari depan selepas kertas kerja mengenainya dilengkapkan termasuk kelulusan daripada pihak berkuasa Vatican. Anifah berkata Dompok akan berpangkalan di Rome dan akan turut menjadi duta ke Malta dan Albania sebaik sahaja pelantikan beliau dimuktamadkan. Menteri Luar berkata: "Kami merasakan beliau adalah pilihan yang tepat dalam pelbagai aspek. Beliau (Bernard) juga pernah mengadakan lawatan rasmi ke Vatican bersama delegasi Malaysia".--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA