KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia (1MISM) D.Mahaganapathy (lima, kiri) menyampaikan tiket penerbangan ke Chennai, India kepada lapan pelajar Uniten yang merupakan peserta program Pertukaran Robotik Antarabangsa Malaysia-India (MIREP) hari ini.MIREP yang akan diadakan di Chennai, India bermula dari 13 hingga 16 Nov depan bertujuan mempromosikan teknologi dan inovasi robotik melalui tiga bahagian iaitu bengkel, pertandingan dan pameran dengan penyertaan sebanyak 25,000 peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi antarabangsa dan India.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA