GEORGE TOWN, 3 Nov -- Beginilah perpaduan ditunjukkan pelajar-pelajar sekolah rendah. Dari kiri: S Nivashini, tujuh, Claudia Tan Phey Lin, lapan, Izabell Eng, tujuh, dan Nur Qairunnisa Mohamad Shahir, lapan, bergotong-royong membuat lakaran 'koalam' sempena sambutan perayaan Deepavali di lobi Straits Quay Retail Marina, Tanjung Bungah, Selasa. Koalam yang berwarna-warni itu yang berukuran 2.74 meter lebar dan 2.74 meter panjang mengambil masa selama tiga jam disiapkan oleh 15 pelajar dari SK Tanjung Tokong, SJK© Hun Bin dan SJK (T) Azad.Ianya dianjurkan oleh Eastern & Oriental Berhad bagi memupukkan semangat perpaduan kalangan pelajar dan memeriahkan lagi suasana perayaan 'Pesta Cahaya' itu yang akan disambut oleh penganut Hindu pada 10 November ini.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA