KOTA BAHARU, 7 Nov - Tindakan pantas orang awam dan anggota polis berjaya memberkas seorang peragut yang baru sahaja meragut beg tangan milik seorang wanita warga emas di Jalan Sultanah Zainab hari ini. Peragut yang merupakan lelaki (gambar) berusia 20-an bertindak menyamar sebagai orang kampung sejurus kekecohan berlaku namun tidak berjaya dan ditahan oleh orang ramai sebelum dibawa ke balai polis berhampiran. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Setapa Yusof ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan kejadian dan menurutnya gerakan mengesan seorang lagi suspek sedang dijalankan. Saksi, Mohd Faizul menceritakan kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Hamzah, Kota Baharu dan dia melihat seorang lelaki berlari menuju ke dalam semak sebelum dia bersama dua rakannya bertindak mengejar lelaki terbabit. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA