MARAN, 7 Nov -- Para peserta berehat dengan "hammock" (ayunan yang terbuat dari kain) masing-masing ketika menghadiri 1st Hammock Camping Gathering yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Hutan Lipur Lubuk Yu Kuala Sentul hari ini. Program dua hari itu bertujuan menghimpunkan peminat alam semulajadi dengan hanya tidur menggunakan 'hammock' dan melakukan aktiviti lasak seperti flying fox, jungle trekking dan tree climbing. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA