JOHOR BAHARU, 9 Sept -- Pengarah Kastam Diraja Malaysia Johor, Mhd Subre Ishak (kiri) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam (Pencegahan) Johor Rumainor Sharif menunjukkan mercun dan bunga api yang berjaya dirampas dari sebuah premis kilang di Taman Perindustrian Johor Baharu Perdana pada sidang media di Menara Kastam Johor di sini, hari ini.Dalam serbuan yang dilakukan pada 6 Sept lepas itu, berjaya menemui 704 kotak berisi 13,1466kg pelbagai jenis mercun dan bunga api berasal dari China yang disyaki tidak membayar cukai Kastam.Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM336,650 serta jumlah cukai sebanyak RM218,822.50.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA