KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records melalui penganjuran seminar keusahawanan dengan penyertaan terbesar. Rekod itu dicapai apabila universiti itu berjaya mengumpul 4,000 peserta dalam program seminar bertajuk "Transformasi Minda Keusahawanan" yang diadakan di Dewan Utama Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, Gombak hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA