SANDAKAN, 10 Okt -- Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee bersama sebahagian penduduk Kampung Sulit Paitan di sini, hari ini menunjukkan dokumen kad pengenalan sementara yang diperolehi mereka sejak 2004.Penduduk kampung itu yang terdiri daripada rakyat tempatan sehingga kini masih belum memiliki kad pengenalan bermutu tinggi "MyKad".Penantian yang begitu lama menyebabkan mereka sukar untuk berurusan dengan agensi kerajaan selain menimbulkan pelbagai masalah.Jesteru mereka meminta Jabatan Pendaftaran Sabah menyiasat kes tersebut dengan segera.Mereka merupakan antara ribuan penduduk Negeri di Bawah Bayu yang berdepan dengan masalah "kad pengenalan" selepas kontroversi yang melanda wanita warga emas Yong Lee Hua yang memiliki status Pemastautin Tetap meskipun beliau merupakan warganegara berjaya membuka mata pelbagai pihak. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA