PEKAN, 23 Nov -- Wan Mohd Amri yang merupakan anak sulung Allahyarham Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin menyiram air mawar ke pusara ayahnya sambil diperhatikan oleh ahli keluarganya selepas jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belimbing lewat malam tadi.Allahyarham meninggal dunia pada 5.30 petang semalam di Kuantan Medical Centre (KMC) akibat komplikasi kencing manis dan darah tinggi.Allahyarham merupakan Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang dari 11 Dis 1999 hingga 3 April 2013 dan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang peringkat daerah Pekan pada tahun 2013.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA