MELAKA, 5 Dis -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) melawat gerai jualan serunding selepas merasmikan Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ke-10 hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (dua, kiri) dan Timbalan Menteri Perdagangn Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan (tiga, kiri). Pameran SDSI selama empat hari bermula Khamis melibatkan 471 pempamer dari seluruh Malaysia dan juga Kemboja, Filipina dan India.-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA