MELAKA, 5 Dis -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Usahawan Cemerlang SDSI 2015 kepada pemilik Homestay Desa Keda Ulu Lenggong pada perasmian Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Ke-10 hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tiga, kanan) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan (kanan). Pameran SDSI selama empat hari bermula Khamis melibatkan 471 pempamer dari seluruh Malaysia termasuk Kemboja, Filipina dan India.-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA