KULIM, 14 Sept -- PALING LARIS ... Pemilik Syarikat D'Laila Biskut Norlaila Non, 42, menunjukkan biskut ciptaannya yang diberi nama "Biskut Sedap" yang mendapat permintaan paling banyak ketika ditemui di rumahnya di Taman Technocity, Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim di sini, hari ini.Beliau yang menghasilkan 17 jenis biskut sempena Aidilfitri tahun ini berbangga kerana biskut keluarannya mendapat tempat di Pasar Besar Carrefour dan pusat beli-belah Sunway Carnival di Sebarang Jaya. Norlaila yang dibantu 10 orang pembantu mensasarkan 400,000 keping biskut akan dijual sempena lebaran ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA